Assalammualaikum dan salam sejahtera Malaysia.  Siapa pernah tahu apa itu aplikasi Evernote?  Saya pernah bertanya kepada beberapa rakan rapat dan yang kurang rapat sama ada mereka pernah menggunakan aplikasi Evernote, rupa-rupanya bukan sahaja mereka tak pernah guna tetapi langsung tak tahu apa itu Evernote.

Siapa kenal dengan logo ini?

evernote

Mungkin anda biasa lihat di Apps Store atau Play Store, tapi anda mungkin tak pernah berminat untuk tahu apa itu.  Di kala saya menulis artikel ini, saya baru sahaja menyemak populariti aplikasi ini di Malaysia.

  1. Google Store – tidak tersenarai dalam top 300 di Malaysia
  2. ITunes – tidak tersenarai dalam top 100 di Malaysia

Tak kenal memang tak cinta.  Bagi saya ini adalah aplikasi yang paling berguna sekali dan saya pasti akan menggunakannya setiap hari.  Jadi apa itu Evernote?

Ini adalah penerangan dari Wikipedia:


From Wikipedia, the free encyclopedia:

220px-wikipedia_logo_1-01

Evernote is a cross-platform, freemium app designed for note taking, organizing, and archiving. It is developed by the Evernote Corporation, a private company headquartered in Redwood City, California. The app allows users to create a “note” which can be a piece of formatted text, a full webpage or webpage excerpt, a photograph, a voice memo, or a handwritten “ink” note. Notes can also have file attachments. Notebooks can be added to a stack while notes can be sorted into a notebook, tagged, annotated, edited, given comments, searched, and exported as part of a notebook.

Evernote supports the majority of popular operating system platforms (including macOS, iOS, Chrome OS, Android, Microsoft Windows, Windows Phone, BlackBerry 10, and webOS) and also offers online synchronization and backup services.


A hand an paper making a note

Jadi fungsi utamanya adalah “note taking” atau mengambil nota.  Bayangkan sebuah buku nota kosong, kita boleh menyimpan apa sahaja di dalamnya.  Apabila teringatkan sesuatu, kita boleh membuka kembali buku berkenaan dan mencapai maklumat yang kita mahu. BEZAnya, “buku nota ajaib” ini boleh digelintar (searched) dengan pantas.  Jadi banyak perkara yang kita tak perlu ingat di dalam kepala lagi.  Nombor akaun penting, kata laluan, resepi memasak, mutiara kata, infomasi dari laman web, dari Whatsapp dan lain-lain lagi, semuanya boleh disimpan di dalam Evernote dengan mudah.  Menarik tak?

businessman-with-a-great-idea_1012-2191

Berapa kerap kita menerima mutiara kata, motivasi pagi dan maklumat berguna dari “Whatsapp group” kita.  Ia akan hilang begitu sahaja apabila berpuluh-puluh malah beratus-ratus mesej yang baru telah membanjiri “group” kita.  Tidak ada fungsi “search” untuk kita mendapatkan mesej yang kita mahukan kembali.  Jadi rugi bukan? Apa kata “copy & paste” ia ke dalam Evernote. Tandakan (tagged) dengan perkataan motivasi (contohnya).  Jadi bila anda inginkan motivasi, “search” di dalam Evernote perkataan motivasi, kesemua nota yang anda telah “tagged” dengannya akan tersenarai dalam beberapa mili-saat.

different_magnifying_glass_design_vector_set_5225461

Ini adalah sebahagian kecil sahaja dari fungsi Evernote.  Saya akan kongsikan dengan anda banyak lagi kebaikan-kebaikan Evernote ini dan mungkin satu hari lagi anda menjadi seperti saya… Evernote: Tak boleh lepas!

Advertisements