Assalamulaikum dan salam sejahtera Malaysia. Tiada had atau cara penggunaan Evernote. Semuanya terletak kepada kreativiti masing-masing. Kreativiti anda adalah had untuk bagaimana anda menggunakannya.  Dalam artikel yang lepas, saya memberi contoh penggunaan sebagai “digital brain” untuk kita “mengingat” nota-nota penting seperti kiriman bermanafaat dari WhatsApp.  Itu hanya  satu contoh kecil.

Selain dari itu, ada penggunaan lain yang kita boleh  gunakan.  Antaranya untuk menyimpan gambar, video, suara, coretan tangan dan dokumen digital.  Tujuannya adalah untuk memudahkan pencariaan semula.  Mungkin kita ada banyak gambar digital sewaktu bercuti di sebuah Pulau Peranginan yang  indah.  Biasanya kita akan  ambil gambar berkenaan dan poskan ia ke dalam Facebook atau Instagram.  Tetapi gambar-gambar kenangan itu tak dapat dicari semula dengan  mudah apabila ia sudah berada di FB atau IG.

large1

Gambar yang disimpan di dalam handphone atau kad SD juga sukar dicari semula apabila beribu-ribu gambar telah berada di dalam kad SD anda.  Ada juga kemungkinan SD akan rosak dan semua simpanan gambar anda akan hilang selamanya. Evernote ada penyelesaian untuk 2 masalah ini.

capture

Pertama, gambar amat mudah untuk dicari semula dengan meletakkan tajuk kepada nota bergambar anda.  Kedua, gambar simpanan akan kekal selamanya di server Evernote tanpa ada had saiz (di waktu artikel ini ditulis). Jadi kenangan indah percutian anda kekal selamanya dan boleh diolah untuk kelihatan menarik seperti sebuah album digital.  Apa tah lagi, ianya adalah percuma (untuk pakej basic).

Jadi cuba, jangan tak cuba. Jumpa lagi untuk idea penggunaan yang lain.  Sila klik di sini jika anda berminat.

Sekian, terima kasih.

Advertisements