Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.  Berjumpa lagi dalam siri ke-3, Evernote “Buku Nota Ajaib”.  Di kala ini saya berada di luar negeri atas urusan kerja.  Berjumpa dengan ramai rakan busines atau kerja sewaktu di sini.  Setiap kali berjumpa dengan muka baru, mereka akan menghulurkan bisnes kad mereka dan akhirnya dompetku telah kembung dengan bisnes kad dari mereka ini.  Tak tahu mana  nak simpan.  Nak dibuang sayang, nak disimpan tak ada tempat.

Jika ikut cara tradisional, untuk menyimpan kad bisnes adalah  menyimpannya di dalam album kad.

capture

Masih ingat lagi dengan album ini.  Hmmm, dah ramai tak gunakannya lagi sebab memang  susah untuk mencarinya semula.  Nak susun ikut nama orang, nanti lupa nama syarikat.  Nak susun (sort) ikut nama syarikat, nanti lupa nama orangnya pula.  Bila susunan album dah nak penuh dengan satu huruf tertentu, nak kena selongkar keluar kad tersebut untuk buat susunan yang baru. Memang leceh.

Cara yang terkini adalah menaipkan semula ke dalam handphone atau ke server.  Memang mudah dicari semula, apatah lagi boleh dimuat naik ke server seperti Google Contact atau seakannya. Ia akan ujud di handphone juga di server.  Senang dicari semula dan tak boleh hilang walaupun hp kita hilang.  Tetapi lecehnya kenalah menghabiskan masa berjam menaip.  Bagi saya, untuk memasukkan bisnes kad dalam “Google Contact” memang leceh dan mengambil masa (bagi 20 ke 30 keping macam semalam).  Nak menaip nama penuh, nama syarikat, nombor telefon, hp, fax, email, alamat.. banyaknya.  Lebih baik saya tulis blog.

capture

Jadi semalam, apa saya buat adalah menyusun kad-kad berkenaan rapat-rapat dalam 18 keping (6 x 3) dan mengambil gambar tersebut dengan hp Lenovo K5 saya.  Bukan hp mahal pun, kamera 13 megapixel je. Saya simpan gambar berkenaan dalam Evernote dan tandakan (“tagged”) sebagai “contact”.  Ajaibnya, saya boleh mencari semula bisnes kad tersebut dengan mudah dengan butang “search”.  Evernote ada fungsi OCR tersendiri untuk membaca apa yang ada di dalam foto untuk diterjamahkan ke dalam teks.  Tak perlu  arahan, ia melakuannya secara sendiri dan automatik.

capture

Jimat masa dan Evernote sekali lagi telah menyelesaikan 2 lagi masalah baru.  Cuba-cubalah, bukan kena bayarpun.

Klik di SINI jika berminat dan jumpa lagi…….

Tips: Jika tulisan tangan anda kemas, ia juga boleh diOCRkan oleh Evernote.  Memang ajaib!

Advertisements