Seminggu sudah, sewaktu memandu pulang dari kerja, isteri menalifonku sewaktu memandu. Ku angkat dan gunakan “loud speaker” untuk meneruskan percakapan. “Abang nanti boleh singgah Tesco nak beli barang? Tolong beli kicap, bateri AAA, plastik sampah dan….” , ku terus potong percakapannya kerana tak boleh fokus untuk ingat semua, nak fokus memandu lagi. Saya minta dia memberi mesej dalam Whatsapp.

Setelah sampai ke Tesco, saya semak mesej darinya. Tu dia, dari 3 barang dah jadi 13 barang. Mesejnya ditulis bersambungan panjang dengan diasingkan oleh tanda koma. Saya pun teruskan dengan acara mengisi troli. Oleh kerana susunan barangan yang ditulis tidak mengikut susunan department di Tesco, ia telah menjadi sedikit masalah kepada saya. Barang dapur, kemudian barang hardware, kembali ke barang dapur, kemudian sabun dan lain-lain lagi.

capture

Saya terpaksa ulang alik ke beberapa department untuk mendapatkan kesemua barang yang tersenarai. Ada yang saya telah beli, nak terbeli sekali lagi kerana tak ingat. Sejam lebih baru siap beli semua dan saya pun meneruskan perjalanan ke rumah. Sampai di rumah, isteri sudah menunggu untuk mendapatkan tepung untuk dimasak.

Check punya check tak jumpa tepung dalam semua bungkusan yang dibawa balik. Check semula dalam mesej Whatsapp memang ada tulis dan memang saya ada terpandang. Bukan terlepas pandang tapi terlepas beli. Puncanya adalah senarai yang diberi dalam Whatsapp tak boleh ditanda jika saya telah membelinya. Hhhmmm…. apa boleh buat? Sotong celup tepung dah bertukar jadi sotong goreng kunyit.

capture

Sebagai seorang teknikal, kegagalan perlu dikenalpasti. Jika senarai yang diberikan adalah dalam bentuk checklist dan boleh ditandakan, masalah ini pasti tidak akan timbul. Hhhmmm… Evernotekan ada fungsi checklist! Lalu aku terus mengajar isteriku menggunakan fungsi checklist dan berkongsi checklist tersebut dengan sesiapa yang kita mahu.  Apa yang dia boleh buat adalah membuat senarai belian dalam bentuk checklist di Evernote sewaktu saya sedang memandu.  Kemudian berkongsi checklist berkenaan dengan Evernote saya.  Apabila saya membuka checklist tersebut di Evernote, saya boleh melihat semua senarai berkenaan dan tandakan ia setelah saya menjumpainya dan ini membuatkan saya tidak boleh terlepas walaupun satu item.

Lagi ajaib, dia boleh melihat senarai yang saya telah tandakan terus dari handsetnya. Kalau dia nak tambah lagi, dia taipkan sahaja ke atas senarai tadi dan saya yang sedang shopping boleh melihat terus dari handset saya pula.

capture

Kalaulah ini berlaku dapatlah saya makan sotong celup tepung spesial pada malam itu.  Baiklah, demikian perkongsian saya tentang satu lagi fungsi Evernote.  Moga jumpa di lain kali.  Evernote, buku nota ajaib.

Advertisements