Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia. Berjumpa lagi di posting ke enam.

Semalam kami sekeluarga pusing-pusing daerah Kuala Selangor untuk luangkan masa bersama. Dari Pantai Remis ke Jeram makan ikan bakar dan kemudian mengakhiri ‘pengembaraan’ di kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip ‘life’ di hadapan mata anak-anak yang tak pernah menyaksikan ciptaan Allah itu.

capture

Walaupun kami tidak pun menaiki sampan ke tempat sarang kelip-kelip itu, ia menjadikan idea buat saya untuk menyambung artikel mengenai Evernote seterusnya. Ya, salah satu fungsi Evernote yang amat berguna ialah melakukan klipan (“clipping”) dari laman web.

office_paper_clip_pattern_silver

Artikel di dalam laman web boleh disimpan di Evernote dan boleh dibaca semula secara offline. Secara tradisinya, apabila kita membaca artikel yang menarik di Internet kita akan “save” alamat laman web berkenaan di “bookmark”. Dengan cara ini hanya alamat website sahaja yang di”save”. Untuk membaca artikel, kita terpaksa online dan barulah kita dapat membacanya.

Satu lagi masalah dengan “bookmark” ini ialah, kita tak dapat mencari semula artikel dengan fungsi “search”. Bila kita sudah ada berpuluh”bookmark”, pecarian secara manual amatlah payah lagi mustahil bila ia telah mencapai ratusan atau ribuan “bookmark”.

Evernote ada penyelesaiannya untuk kesemua masalah di atas. Kita boleh baca clipping secara offline dan ia boleh digelintar dengan pantas. Bukan itu sahaja, ini fungsi ‘ajaib’ Evernote, jika kita ada melakukan pencarian di Google, clipping kita yang pernah simpan di Evernote juga akan disenaraikan oleh Google jika ia ada berkenaan dengan pencarian yang kita buat.

capture

Ini bermakna, clipping yang dah lama dan mungkin kita telah lupakannya akan muncul kembali di waktu kita memerlukannya. Clipping ini kekal di Evernote walaupun laman web berkenaan telah diubah. Sesekali ia menjadi penyelamat tanpa diduga. Evernote memang ajaib…. Sekarang mari kita cuba klip artikel kelip-kelip. Selamat mencuba.

Advertisements