Assalamualaikum dan jumpa lagi di siri ke 7 ini.  Bulan lepas saya ada menghadiri satu seminar motivasi yang terkenal di Malaysia di kala ini.  Lebih kurang 4 ribu yang telah hadir ke seminar berkenaan.  Kebanyakan yang menghadiri seminar berkenaan adalah usahawan-usahawan baru yang baru berkecimpung dalam dia perniagaan.  Ada beberapa usahawan muda yang saya ada berkenalan dengan mereka dan salah satu soalan lazim yang saya akan tanyakan ialah “Pernahkah anda menggunakan Evernote (Buku Nota Ajaib)?”.  Untungnya (bukan malangnya) ramai yang tidak tahu dan tidak pernah menggunakan aplikasi ini.  <Teruskan pembacaan kenapa saya berfikir sedemikian.>

Di dalam seminar itu saya ada belajar tentang pengetahuan asas bagaimana ingin menjadi usahawan yang berjaya serta tindakan-tindakan yang perlu dilakuan untuk mencapai cita-cita atau impian.

Saya dapati kesemua ilmu keusahawanan yang saya pelajari memang dapat dipraktikkan dengan lebih baik dengan bantuan aplikasi Evenote. Perkara berikut memang dapat diuruskan dengan mudah dan berkesan:

  1. Motivation
  2. Dreams
  3. Projects
  4. Goal
  5. Action
  6. Amalan Harian
  7. Journal
  8. Ideas
  9. Customers
  10. Spending

Jadi saya mencuba keberkesanannya ke atas diri sendiri.  Dengan ajaibnya, saya berasa lebih konsisten dengan tindakan saya sekarang.  Sifat-sifat keusahawanan dapat diterap dengan lebih berkesan.

17239913_10210730838359840_3496084340783100435_o

 Dengan  itu saya bertekad untuk berkongsi pengalaman saya dengan menghasilkan sebuah ebook seperti di atas.  Saya harap bakal perkongsian saya ini dapat membantu usahawan baru di dalam dunia keusahawanan mereka.

Sekian.  Jumpa lagi di lain kali.  Evernote sememangnya ajaib.  Jadi TUNGGU……………………

Advertisements