Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Malaysia. Semua orang tahu yang Internet adalah sumber informasi terbesar di dunia. Ledakan informasi Internet membolehkan manusia mencari informasi hanya di hujung jari.

Sebelum era Internet, informasi yang berkualiti hanya boleh didapati dari buku-buku ilmiah dan juga ensiklopedia. Biasanya harga buku-buku ini adalah mahal dan agak sukar untuk kita dapati. Kita amat bertuah kerana di era Internet, bukan sahaja informasi boleh dicari dengan mudah dan cepat malah kebanyakannya adalah percuma.

SearchEngines

Enjin pencari seperti Google dan Yahoo adalah ciptaan hebat kerana tanpanya informasi di Internet amat sukar untuk dicari. Apalah gunanya informasi yang bergogol-gogol itu ujud sekiranya ia sukar dicari. Tetapi informasi dari enjin pencari juga perlu kita tapis sendiri untuk mendapatkan kualiti seperti yang kita mahu.  Informasi yang berkualiti ini sebagusnya kita simpan untuk rujukan di masa hadapan.  Ini adalah kerana tidak semestinya kita akan mendapatkan informasi yang sama bila kita lakukan carian di masa akan datang.

220px-wikipedia_logo_1-01

Jadi bagaimana cara untuk menghimpunkan informasi yang berkualiti seperti sebuah ensiklopedia? Dalam posting ini, saya nak bagi tips bagaimana hendak membina ensiklopedia sendiri. Kenapa nak bina ensiklopedia sendiri? Kata Mat Saleh, “knowledge is power”. Jadi kita kena banyak membaca untuk menambah pengetahuan. Perkara yang dibaca mestilah berkualiti. Jadi apa kata anda buat ensiklopedia sendiri dan baca sendiri untuk kebaikan diri sendiri.

web_clipper

Dengan tip yang saya akan kongsikan ini anggaplah anda menjadi editor untuk ensiklopedia ciptaan anda. Dalam posting yang lepas bertajuk “Kelip-kelip boleh diklip”, saya ada kongsikan tip bagaimana menggunakan fungsi “clipping” untuk menyimpan laman web yang menjadi tarikan buat kita. Jadi, kita akan gunakan fungsi berkenaan untuk membina ensiklopedia kita.

businessman-with-a-great-idea_1012-2191

Katakan anda berminat dengan topik kewangan, anda sudah pasti mengikuti beberapa orang pakar kewangan di Facebook, Twitter, blog dan lain-lain lagi. Namun begitu, kadang kala, posting yang mereka tulis bukan semestinya menepati apa yang anda ingini pada setiap masa.  Anda perlu melakukan sedikit kerja mudah untuk  menyimpan artikel-artikel yang anda fikir memenuhi keperluan anda buat masa ini dan masa hadapan.

folder

Dengan menggunakan fungsi “clipping” ini  ada boleh memilih artikel-artikel yang anda suka, masukkan ia ke dalam satu Notebook (sama seperti folder) di Evernote dan namakan ia sebagai “Ensiklopedia Kewangan Saya” (hanya contoh).  Di bawah Notebook ini, anda boleh simpan “clipping” sebagai satu “Note” yang anda telah buat.  Setiap kali anda menjumpai artikel yang menarik, simpan “clipping” berkenaan sedikit demi sedikit.

Sekiranya anda lakukan itu seminggu sekali, dalam masa setahun saya rasa kandungannnya sudah menyamai sebuah ensiklopedia yanng sederhana dan semuanya adalah percuma.  Lebih bagus lagi, jika anda kerap membacanya dan mempraktikkannya, suatu hari nanti anda pula akan menjadi pakar kewangan.

Buku Nota Ajaib, Evernote memang besar faedahnya sekira anda tahu menggunakannya secara bijak.  Selamat mencuba dan semoga tip ini bermanafaat.

Advertisements