Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk rakyat Malaysia. Sekali lagi kita berjumpa di Blog Buku Nota Ajaib, tempat perkongsian tips penggunaan aplikasi Evernote. Tips kali ini adalah berkenaan dokumen tanpa kertas.

Dokumen penting yang kita jarang perlukan tetapi jika kita berada di luar rumah dan tiba-tiba memerlukannya memang menjadi satu masalah juga. Katakan kita tiba-tiba perlu untuk mengisi borang yang memerlukan maklumat dari dokumen seperti geran kereta, surat beranak, surat perjanjian, surat nikah dan lain-lain lagi, sudah pasti urusan tersebut akan tergendala kerana biasanya kita tidak akan membawa dokumen berkenaan bersama kita.

Capture

Jadi, sekiranya kita menyimpan kesemua dokumen berkenaan di dalam Evernote, kesemua itu tidak menjadi masalah lagi. Caranya adalah dengan menggunakan fungsi Document. Dengan menggunakan kamera hp anda, pilih fungsi Document untuk menyimpan imej berkenaan. Dengan ajaibnya, imej tersebut akan bertukar kepada imej yang lebih jelas seperti di-scan oleh sebuah scanner.

Capture

Sebarang teks yang ada di dalam imej berkenaan juga dapat dicari oleh enjin pencari Evernote. Juga, jika kita kehilangan dokumen berkenaan, lebih mudah laporan dilakukan kepada pihak berkenaan kerana kita sentiasa membawa salinannya di dalam poket kita. Evernote, banyak faedah dan memanfaatnya dan sememangnya buku nota ajaib.

Advertisements