Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Posting kali ini saya tujukan kepada usahawan yang baru berjinak dengan dunia keusahawanan. Sebagai seorang usahawan baru, untuk memulakan tabiat yang baru, memang akan merasa ketidakselesaan kerana kita terpaksa keluar dari zon selesa.

Jika ini tidak diatasi, kegagalan akan berlaku di peringkat awal lagi. Sudah pasti anda tidak mahu berlaku ‘pre-mature death’  buat perniagaan anda. Jadi agar anda tidak cepat putus asa, gunakan teknik yang saya panggil Kuasa Kemenangan Kecil. Apa yang anda perlu lakukan adalah catatkan matlamat kecil anda, usahakan sehingga siap dan raikan kemenangan yang kecil dengan cara bersyukur.

pexels-photo

Evernote memang sesuai digunakan untuk mencacat dan merekod perkara sedemikian. Bila anda catat, anda boleh review, bila boleh review, anda boleh tanamkan tekad untuk menyempurnakan matlamat itu dan bila matlamat terlaksana, raikan dengan cara bersyukur.

Soccer Net

Dengan mencatatkan matlamat-matlamat kecil, anda akan dapati dalam sebulan, banyak kejayaan-kejayaan kecil yang anda telah sempurnakan.  Sesungguhnya kejayaan-kejayaan kecil ini akan memacu semangat untuk meneruskan dengan kejayaan yang lebih besar kerana kejayaan besar adalah sebenarnya himpunan kejayaan-kejayaan kecil.

Buat matlamat mingguan anda.  Tuliskan di Evernote seperti berikut:

Setelah anda lengkap kesemua sasaran, tandakan seperti berikut:

Setelah semuanya selesai, sekarang tibalah masa untuk anda meraikan kejayaan kecil anda.  Contohnya, belikan makanan yang istimewa untuk diri sendiri dan buat sujud syukur kerana dengan pemberianNyalah kita berjaya.

pexels-photo-27843

Ulangi lagi dan lagi, mudah-mudahan anda akan jadi terbiasa.  Jangan pandang enteng ke atas Kuasa Kemenangan Kecil.  

Sikit-sikit lama-lama jadi  bukit. Inilah Kuasa Buku Nota Ajaib.

[KLIK DI SINI] untuk menjadi pengguna Evernote.

Advertisements